Cinta lahir dalam hati dan bukan dalam bicara. Maknanya cinta tak pelu diucapkan dengan kata-kata. Cinta boleh melukakan sekeping hati yang tak berdosa. Cinta pada Allah sahaja yang abadi. Cinta itu adalah satu anugerah yang terindah. Cinta itu cuma satu perkataan, maknanya berbeza bagi setiap insan....
Ramai orang pandai mengucapkan dan menghayati cinta, tapi tidak ada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta itu bukannya objek yang boleh dilihat dengan mata kasar, sebaliknya cinta hanya boleh ditilik melalui hati dan perasaan.....
Cinta memang indah, tapi apabila disertai dengan dusta dan pembohongan, maka keindahan cinta itu akan hilang sekelip mata. Cinta tidak boleh dipaksa. Nantikan kehadirannya dengan sabar... Cinta yang datang saat yang tak terdaya.. Jangan lari dari cinta kerana cinta itu indah...
Cinta tak harus saling memiliki. Cinta sangat misteri. Punya kekuatan yang sangat luar biasa. Bukan untuk difahami, tapi dirasa. Cinta adalah mencintai dan dicintai oleh insan yang ditakdirkan untuk kita. Hanya saat kita merasakan cinta, kita akan tahu apa itu cinta...
No comments:
Post a Comment