" Semua org ingin menuju ke arah satu destinasi sahaja iaitu 'kejayaan'. Kejayaan ini pula akan membawa kita ke arah kebahagiaan dan kesenangan. Perjalanan ini bermula dengan satu 'langkah pertama'. Langkah pertama inilah yang memberikan kita keyakinan dan kekuatan untuk memulakan langkah yang seterusnya. Tapi haruslah diingat perjalanan menuju ke destinasi ini akan dipenuhi onak dan duri serta jalan yang berliku-liku sampai kadangkala kita sendiri ingin berputus asa dan berpatah balik ke belakang. Tapi sanggupkah kita mengambil risiko melalui jalan yang penuh cabaran itu sekali lagi ketika berpatah balik ke belakang sedangkan kita tahu apa yang menanti kita di hadapan.
'Usaha itu tangga kejayaan'... Melalui peribahasa ini pun kita boleh nampak apakah bekalan utama yang perlu dibawa untuk perjalanan ini....Tidak cukup dengan itu bekalan kita juga perlu diisi dengan tawakal dan doa. Diharapkan dengan bekalan ini cukuplah untuk kita menghapuskan 'malas dan alasan' yang menjadi halangan utama perjalanan ini. So, korang semua fikirlah sendiri arah destinasi yang ingin anda tujui dan pastikan anda sudah membawa bekalan yang secukupnya... InsyaAllah anda akan sampai ke destinasi tersebut dengan jayangya...:)
Salam,nice post..topik pun sangat bagus,banyakkan lagi membaca jadi boleh buat lg banyak topik yang bagus dan boleh sampaikan dengan cara yang lebih meyakinkan.
ReplyDeletew'salam.. thanx 4 da comment.. still learning.. thanx 4 da support..:)
ReplyDelete