Kenapa ramai orang lebih banyak menunjukkan imej mereka daripada menjadi diri sendiri...?? Untuk menutup kelemahan diri yang sebenarnya merupakan anugerah buat kita...?? Untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa kita nie 'macho, co0l, perfect'...??? Perlu ke semua tue..?? Habis ke mana pergi diri kita yang sebenar..??
Imej yang dimaksudkan ialah bukan hanya penampilan dan gaya seseorang tapi juga sikap seseorang itu... Contohnya, ada seorang lelaki yang amat berbakat dalam perkara yang boleh dilakukan oleh kaum wanita seperti memasak atau menjahit atau juga menjadi seorang jurusolek.. Kebanyakan lelaki akan malu dengan kebolehan yang dianugerahkan kepada mereka dalam bidang2 ini kerana mereka berfikiran yang ini semua kerja2 ini untuk perempuan... Kerja2 ni x co0l macam kerja2 yang lain....
So, orang2 yang berfikiran macam nie akan menampilkan imej mereka seperti berlagak macho dan berpura2 tak berminat dlam bidang2 ini sedangkan mereka mempunyai minat yang mendalam dan bakat yang besar... Akhirnya mereka sendiri yang akan kehilangan peluang mereka dan hidup dalam imej yang penuh dengan kepura-puraan...
Sesetengah orang juga menampilkan imej mereka hanya untuk menambat hati org yang disukai atau hanya untuk menjadi kesukaan org ramai dan menjaga perasaan org lain... Tapi macam mne pula dengan perasaan kita sendiri..??? Macam mana pula dengan menjadi diri kita sendiri..?? Bagi aq sendiri kalo orang tuh betul2 ikhlas dengan kita, dia akan terima kita seadanya... So x payahlah kita menjadi imej hanya nak amek hati org len kan....??
Bila kita menampilkan imej, kita sendiri yang akan semakin menjauh dari menjadi diri kita yang sebenar atau dengan kata lainnya menjadi "diri sendiri"... Setiap kali kita menapilkan sesuatu imej juga sebenarnya akan wujud satu lilitan tali pada badan kita.. Semakin banyak kita menampilkan IMEJ semakin banyak lilitan yang wujud pada badan kita yang akhirnya akan menjerat dan menyusahkan diri kita sendiri... So the conclusion is.....
" BE TRUE TO YOURSELF COZ YOU ARE AMAZING JUST THE WAY YOU ARE".......
No comments:
Post a Comment