Thursday, February 3, 2011

PERPISAHAN....!!!! SUKA @ DUKA...???

"PERPISAHAN".... Satu perkataan yang amat memeritkan dan menyedihkan.... Perkataan yang ingin dielakkan oleh semua orang... Perkataan yang sebolehnya ingin dihapuskan terus kewujudannya.... A ku yakin semua orang benci akan  "PERPISAHAN" yang berlaku samada antara kita dengan kawan, kita dengan guru, kita dengan kekasih dan yang paling memeritkan skali mestilah perpisahan kita dengan ibu dan bapa disebabkan oleh kematian, perpindahan, dan sebagainya...... Seego mana pun seseorang tu pasti dia akan mengalirkan air matanya apabila mengalami situasi perpisahan ini...

Tuhan itu MAHA ADIL.... Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah dan sebabnya.... "THERE MUST BE A REASON BEHIND SOMETHING".... " MASAKAN POKOK AKAN BERGOYANG JIKA TIADA ANGIN YANG MENIUPNYA"... Korang mesti biasa dengar pepatah ni kan..?? Semua orang menganggap perpisahan ni sebagai satu perkara negatif dalam hidup dan tak pernah nampak hikmah yang Allah berikan disebaliknya termasuk aku sendiri... Sampailah aq berfikir dan tulis blog ni untuk share dengan semua orang....

Perpisahan merupakan satu dugaan yang besar yang Allah berikan pada hambanya tetapi disebaliknya juga tersimpan satu hikmah yang amat besar untuk diri kita... Kita selalu berdoa kepada Tuhan.. "YA ALLAH...BERIAKNLAH AKU KETABAHAN HATI YANG KUKUH, BERIKANLAH AKU KEKUATAN IMAN YANG BENAR2 MANTAP DAN PELIHARALAH AKU DI DUNIA DAN AKHIRAT...." Inilah contoh doa yang aku selalu dengar.... Tuhan tidak pernah menyeksa hambanya.. Apabila perpisahan berlaku setiap orang pasti akan meratapinya tapi pada masa yang sama juga orang yang mengalami perpisahan ini menjadi lebih tabah dan kuat dari segi mental dan emosinya selepas suatu ketika... Bukankah doa kita telah dimakbulkan...?? Allah tidak akan menguju hambanya dengan ujian yang tidak boleh ditanggung oleh hambanya itu... Dan setiap ujian itu menunjukkan bahawa Allah amat menyayangi kita hambanya yang hina ini...

Hikmah ini amat besar diberikan Allah kepada kita.. Selama kita meratapi perpisahan itu juga Allah tidak pernah meninggalkan hambanya bersendirian dan keseorangan... Pasti Allah akan menghantar seorang hambanya untuk bersama kita... Untuk memujuk, memberi semangat dan memulihkan kembali diri kita dan sentiasa bersama kita sehingga kita pulih contohnya ibu bapa atau kawan sekeliling.... Menjadi orang yang baru yang berpengalaman, tabah dan kuat untuk meneruskan kehidupan.. MAHA SUCI ALLAH.... Ini merupakan salah satu hikmahnya...

Kadang2 kita ada mendengar orang sanggup membunuh diri kerana putus cinta.. Malah ada yang lebih kejam lagi yang sanggup membunuh pasangan mereka apabila pasangan mereka memutuskan hubungan.... Persoalannya KENAPA....???? Orang2 seperti ini sememangnya berfikiran cetek dan tak berpegang pada agama.. Jodoh, kematian dan sebagainya semuanya teletak di tangan Tuhan.... Sememangnya seseorang itu telah ditakdirkan untuk diri kita berdasarkan diri kita sendiri... dalam alQuran sendiri ad menyebut " LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK DAN SEBALIKNYA.. BEGITU JUGA LELAKI YANG JAHAT UNTUK PEREMPUAN YANG JAHAT DAN SEBALIKNYA..."

Jika telah dinyatakan bahawa seseorang itu bukan jodoh kita maka perpisahan itu pasti akan berlaku... Kerana Allah akan memberikan kita seseorang yang mungkin lebih baik daripada pasangan kita yang lepas dan selayaknya untuk diri kita..... Pandanglah dari sudut positif dan kebaikan di sebaliknya.... Pasti kita tidak akan meratapi akan sesuatu perpisahan itu terlalu lama.... aku ad dengar satu pepatah dan aku nak kongsi dengan korang semua.......

"APABILA SATU PINTU ITU DITUTUP PASTI AKAN ADA SATU LAGI PINTU YANG DIBUKAKAN UNTUK KITA... CUMA KITA SAJA YANG MERENUNG PINTU YANG TELAH TERTUTUP ITU TERLALU LAMA TANPA MENYEDARI AKAN PINTU LAIN YANG TELAH DIBUKAKAN UNTUK KITA BAGI MENEMPUH PERJALANAN YANG BARU DENGAN DIRI KITA YANG BARU...." Jadi renung-renungkanlah...... :)

No comments:

Post a Comment