Ucapan terima kasih merupakan satu lafaz penghargaan untuk sumbangan atau kebaikan yang dilakukan seseorang kepada orang lain. Melafazkan ucapan terima kasih kepada seseorang yang memberi atau menyumbang sanagt besar ertinya. Ucapan terima kasih memberi kesan yang positif dan amat mendalam, yang dapat menyentuh dan membuka hati seseorang hingga dapat merapatkan hubungan sesama insan..
Mengapa sangat sukar untuk kebanyakan orang melafazkan ucapan terima kasih..??
Mengapa sangat berat untuk kebanyakan orang meluahkan penghargaan..??
Adakah kerana malu atau ego..??Adakah sikap itu penting dalam kehidupan..??
Kesukaran mengucapkan terima kasih akan memberikan kesan yang negatif kepada hubungan sesama insan. Orang yang tidak tahu menghargai, seumpama orang yang tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki. Mungkin situasi ini tidak menjadi masalah untuk mereka yang kurang berinteraksi dengan orang lain, sedangkan lafaz ini merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan setiap insan seperti kita.
Ucapan terima kasih juga dianggap sebagai satu pengisytiharan, penerimaan atau pemberian kepada sesuatu urusan yang telah selesai..
Sebagai contoh, pernahkah atau sudahkah anda berterima kasih kepada orang yang bertanggungjawab membesarkan dan menjaga anda..?? Adik beradik..?? Kawan-kawan..?? Orang di sekeliling anda..?? Tanpa kita sedari, mereka telah banyak menyokong kita. Bagaimana pula denagn urusan-urusan sekeliling yang anda laliu setiap hari.. Mungkin dengan pemandu bas atau teksi, atau dengan peniaga yang selalu breurusan dengan anda...
Luahkanlah perasaan terima kasih anda sebagai tanda penghargaan kepada seseorang, disamping itu ia dapat memberi inspirasi, motivasi diri kepada diri sendiri dan insan sekeliling...:)
SEMOGA HIDUP ANDA SEMUA BAHAGIA SELALU BERSAMA ORANG2 TERSAYANG...:)
No comments:
Post a Comment