SI PENUNTUT
Beliau suka akan perkara-perkara baru, bersikap kreatif dan belajar daripada kesilapan. Beliau tahu bahawa dengan belatih dan sentiasa mahu belajar, beliau dapat mempertingkat dan membangunkan diri dari segala aspek terutamanya dalam melopori kemahiran baru. Dalam kerjaya beliau akan menjadi seorang yang sentiasa mempertingkatkan diri dari semasa ke semasa.
seperti analogi: mencapai pelbagai tahap tali pinggang dalam seni mempertahankan diri...
hasilnya: sentiasa naik pangkat dan diberikan tanggungjawab yang mencabar..
SI SEGERA
Beliau tidak sabar dan mahukan setiap usaha yang dibuat mendapat keputusan dengan serta merta. Apabila beliau tidak mendapat keputusan seperti yang beliau mahukan pada masa dan ketika itu, beliau akan cepat mengalah dan putus asa kerana kurang disiplin atau kurang sikap ingin belajar. Beliau merupakan seorang yang etrgesa-gesa dan tidak sabar.
Hasilnya: kebosanan akan menjadikan beliau sentiasa mencari sesuatu yang baru, menyebabkan beliau akan sentiasa berada di tahap sederhana dan tidak mahir melakukan tersebut tidak berkembang...
SI PENCUBA
Beliau suka mencuba banyak perkara baru, tetapi tidak pernah serius terhadap sesuatu perkara yang dia lakukan. Bagi beliau, cukup hanya sekadar tahu sahaja. Setelah beliau tahu perkara tersebut, beliau akan menjadi bosan dan melepaskan begitu sahaja. Beliau kelihatan malas dan tidak membuat sesuatu dengan sepenuh hati. Tidak banyak perubahan dalam hidup meraka...
Hasilnya: Mereka ini sentiasa berada di takuk lama, tiada peningkatan diri dan sentiasa bertukar kerja. Malas. Akhirnya bermula dari bawah semula...
SI BADUT
Beliau tidak pernah mengambil sesuatu perkara dengan serius dan sentiasa menganggap bahawa sesuatu perkara itu akan dilakukan untuk beliau. Beliau beranggapan, seperti berada pada zaman persekolahan dan beranggapan bahawa akan sentiasa ada orang yang menjaga beliau. Beliau hanya melakukan perkara yang mudah dan menyeronokkan sahaja. Suka kelihatan 'co0l'...
Hsilnya: Beliau dianggap tidak serius dalam menjalankan tugas, oleh itu beliau tidak dinaikkan pangkat dan terus barada di takuk lama...
SI SERIUS
Beliau mengambil segala-galanya secara serius. Belajar dengan cara terperinci, dan mahukan kesempurnaan tetapi tidak mampu untuk membuat keputusan. Mmempunyai mo0d yang terlalu serius dan kurang menyeronokkan. Akibat terlalu menganalisis sehingga tidak mampu menjadi seorang yang kreatif.
Hasilnya: BeliaU hanya mahir terhadap satu perkara sahaja dan tidak mempunyai kemahiran yang meluas..
Mana dapat info ni ye?
ReplyDeleteo0ohhh.. info nih dpat dr PLKN lah abg... x smue org dpat so mimie tulis kat blog nih share ngan smue org... hehe...:)
ReplyDelete